Mula Jana Side Income Dengan Intellifluence

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Banyak jugalah dalam kalangan blogger yang saya nampak join Intellifluence. Sama jugalah macam saya. Tapi beza dia, kalau blogger lain duit masuk! Sekali saya, habuk pun tiada. Haha. Sebenarnya, saya boleh saja dapat, tapi usaha kurang. Kalau blog pun macam setahun sekali saja kena update, macam mana juga kan! Jadi, mahu juga saya share sikit pasal Intellifluence ni sama kamu. Mana tahu ada yang berminat mahu join kan.

APA ITU INTELLIFLUENCE

Saya first tahu ini platform masa tahun 2019 lagi. Time tu, saya baru berjinak-jinak mahu buat blog. Terus saya tertanya-tanyalah, macam mana sebenarnya blogger ni boleh dapat duit? Maklumlah masa tu masih lagi tidak tahu apa-apa kan. So, adalah satu blogger ni post pasal apa itu Intellifluence. Dari situlah saya tahu yang Intellifluence ni wujud. Saya pun apalagi, laju saja saya join masa tu. Kalau kamu mahu tahu, Intellifluence ini kira macam platform untuk kamu dapat side income ba. Tapi itulah, tidak kesampaian saya punya blog masa tu. Cepat betul give up kan. 

Sebab kejadian itulah saya pun kasi deactivate akaun Intellifluence saya. Tapi nasib menyebelahi, termakbul juga doa dan usaha saya lepas beberapa tahun. Seperti yang kamu nampak sekarang ni, inilah blog pertama yang boleh dikatakan berhasil dan masih bertahan. Wujud saja ini blog, terus saya kasi activate balik akaun Intellifluence saya. Jadi, jom saya share apa sebab kamu kena try ini Intellifluence. Bukan blogger saja boleh join, kalau kamu ada media sosial pun boleh! Lagi-lagi kalau kamu ada ramai followers.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Konon-konon, adalah saya kasi list goals apa saja yang saya mahu capai untuk ni blog. Salah satunya, saya mahu blog saya dapat income daripada Intellifluence. Tapi, sampai ke sudah tidak kesampaian. Harap ada rezekilah nanti. Sekarang ni, kena sabar dulu. Ok, back to the point! Seperti yang saya mention tadi, Intellifluence ni boleh buat side income. Duit masuk! Yang lagi best, dia bagi bukan duit biasa-biasa. Maksud saya, nilai yang dia offer bukan dalam Ringgit Malaysia melainkan dalam Dollar. Janganlah juga kamu risau nampak itu Dollar. Takut kamu kan. Haha. Tidak juga dia bagi Dollar sama kita. Yang kita dapat nanti duit yang kita biasa guna juga. Cuba kamu bayangkan itu Dollar tukar kepada Ringgit Malaysia, memang berbaloi!

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Mesti kamu tertanya-tanya juga kan, apalah konon job yang mahu dibuat nanti? Ok, biar saya explain. Kamu ialah influencer. Yang bagi job offer sama kamu ialah brand. Sebagai influencer, kamu kena apply job dulu. Antara contoh job yang kamu boleh apply termasuklah promote produk atau servis. Bila brand terima application kamu, kamu kena buatlah task yang brand suruh. Contoh dia macam promote ini produk di Instagram. Jadi, kamu pun buatlah itu task. Lepas sudah siap semua, nanti kamu dapatlah hasil dia!

Bukan scam jugakah? Kalau kamu teragak-agak sebab risau pasal ni, jangan risau! Tidak rugi juga kalau kamu join. Memang bukan scam pun sebenarnya. Yang penting, rajin usaha saja sama kena tahu tekniklah sikit. Hehe. Sebab kenapa saya yakin bukan scam? Sebab saya sudah join. Lagipun, kedua-dua pihak dapat untung juga. Kita sebagai influencer boleh dapat side income, brand pula mungkin dapat naikkan engagement. So, it's a win-win situation. Tidak banggakah kamu dapat tolong brand kasi naik sales sebab kamu promote produk dia? Kalau saya, bangga jugalah. At least, mungkin saya sudah membantu itu brand tingkatkan views atau brand awareness. Secara tidak langsung, kita sebenarnya sudah mengamalkan nilai murni iaitu sikap tolong-menolong. Macam tiber, tapi begitulah tu.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Kalau kamu berminat, bolehlah try join Intellifluence. Senang saja. Ada saya share link artikel tu di bawah kalau kamu mahu tahu cara join macam mana. Kalau kamu ada blog terus ada domain sendiri lagi, ataupun kamu ada media sosial macam Facebook atau Instagram ka begitu, boleh try join. Klik saja ini link Influencer Intellifluence kalau mahu sign up.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Rupa-rupanya, kamu tidak berminat pula jadi influencer tapi mahu jadi brand? Kamu ada jual produk atau servis? Mahu tingkatkan sales? Tidak payah risau! Boleh juga kamu apply untuk jadi brand atau advertiser di Brand Intellifluence ni. Kalau kamu mahu tahu lagi banyak pasal Intellifluence, nanti saya share juga sama kamu kalau ada masa. Maklumlah, tauke berjaya kan. Banyak business masuk. Kadang-kadang, sibuk juga dengan urusan duniawi. Haha. Bercanda! Salam, jumpa lagi di lain entri.

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.