Cara Daftar Dan Apply Job Pertama Di Intellifluence

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Ketara jugakah menipu kalau saya cakap yang saya dapat untung dari Intellifluence? Macam tidak juga ketara, tapi apa boleh buatlah! Belum ada rezeki lagi. To be honest with you guys, saya belum dapat untung lagi dari ini platform. Bukan rezeki tertutup, tapi kalau blog sendiri pun jarang kena update, lagikah mahu apply job di Intellifluence.

Hari ini, saya cuma mahu share pasal macam mana cara daftar dan apply first job kamu di Intellifluence. Bukan senang juga kena terima buat job, tapi at the same time tiada yang mustahil. A very special reminder to myself and also you guys yang mungkin sudah join or whatsoever, do not lose hope! You can duit.

LANGKAH MENDAFTAR

Macam yang saya ada mention dalam post sebelum ini, Intellifluence merupakan satu platform yang legit untuk kita dapat side income. Sebagai influencer, kerja yang kita kena buat boleh jadi macam-macam. Tapi, task yang paling basic selalunya promote produk yang brand atau advertiser sediakan. Kalau mahu rate tahap mana susah dia, ikut task jugalah. Ada yang senang, ada yang susah. Jadi, kali ini saya mahu share langkah-langkah yang kamu boleh buat sebelum, semasa dan selepas kamu daftar untuk join ini Intellifluence.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Hal yang paling penting sebelum kamu daftar Intellifluence adalah macam mana kita terima duit nanti. Pembayaran untuk task yang sudah kamu buat adalah melalui PayPal. Kalau belum ada akaun, saya sarankan kamu daftar dulu PayPal supaya lagi cepat proses pendaftaran Intellifluence kamu. Kalau sudah, boleh teruskan kepada langkah berikutnya.

Untuk mendaftar, kamu boleh akses platform Intellifluence melalui laman web rasmi atau boleh juga download aplikasi dia dari Play Store atau App Store. Mahu tahu cara lagi mudah? Easy, tekan saja saya. Selesai buka link Intellifluence, kamu klik saja butang Register As An Influencer. Masukkan semua info yang dia minta dan siap! Boleh sudah kamu teruskan untuk tekan butang Next.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Terus itu, kamu fokus dulu kasi tingkatkan Profile Completeness. Kalau boleh, sampai full! Jangan risau kalau tidak full, kita geng. Saya punya sendiri pun belum lagi full. Tidak tahu kenapa tapi saya rasa susah betul mahu kasi dia full. Maaflah sekalian, saya pun masih newbie sebenarnya. Kenapa saya suruh kamu kasi full profile pun ada sebab juga ba sebenarnya. Rahsia dia ialah supaya lagi senang kamu dapat job dan peluang yang tersedia lagi banyak.

Setelah selesai segala urusan mendaftar, kamu boleh sudah login pigi dashboard sendiri. Login saja bila-bila masa yang kamu mahu. Tiada yang larang juga. Kalau kamu user baru, saya rasa macam ada juga tu dorang guide kamu macam mana apply job. Seingat saya, job pertama dia kamu kena bagi review app. Aplikasi yang kamu kena review tu, tidak lain dan tidak bukan Intellifluence sendiri. Terus kamu akan nampaklah peningkatan income kamu lepas kamu siap buat job pertama tu. Tapi untuk claim, kena capai minimum $25 dulu.

Untuk apply job yang lain, kamu pigi saja Marketplace. Di situlah letaknya semua list job yang kamu boleh apply. Kadang-kadang memang sunyi itu Marketplace kamu, tapi jangan risau pandai datang juga dia nanti. Yang penting, kena banyakkan sabar sama usaha untuk tunjukkan sama Intellifluence yang kamu layak dapat lagi banyak peluang untuk apply job. Nanti masa apply, ada dia bagi kotak kosong. Yang kosong itu, silalah isi dengan segala macam ayat power kamu. Ayat yang kamu hantar itu akan jadi panduan dorang sama ada mahu terima kamu buat job tersebut atau tidak. Cara mengayat dia, bagilah ayat yang berbunga-bunga sikit tapi nampak pro. Mana tahu kena terima. Haha. Lagi satu, teknik yang kamu kena tahu ialah guna Bahasa Inggeris masa kamu mengayat tu. Ini akan memudahkan brand yang selalunya dari luar negara tu faham apa yang kamu cuba sampaikan.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Mula-mula tu, macam kamu rasa sikit betul job yang tersedia di Marketplace. Tidak payah risau, saya punya kosong saja setiap masa. Tapi saya bagitau kamu satu rahsia. Kamu boleh tukar 10 pilihan minat yang kamu pernah pilih masa mula-mula daftar. Kemungkinan kenapa Marketplace kamu kosong adalah disebabkan pilihan minat kamu. Abaikan minat kamu sendiri, cuba tukar minat tersebut pigi minat yang kamu rasa ramai brand mahu kamu promote. Macam elektronik dan fesyen. Lama-lama nanti, ada lah juga beberapa yang timbul di Marketplace kamu tu.

Sudah habis mengayat dan kamu pun sudah apply job yang kamu mahu, tunggu saja sampai kena kasi sah. Keluar juga notification tu kalau sudah. Jangan dulu buat job kalau dorang belum bagitau yang kamu kena terima. Di sinilah kesabaran kita diuji. Menunggu dorang terima macam kamu menunggu itu jodoh datang. Kadang-kadang yang datang cuma kasi jadi kita tempat berteduh saja. Tiber! Begitulah kenyataan dia. Kalau kena reject, apa boleh buatlah. Jangan cepat menyerah dan jangan mudah putus asa. Sekian! 

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.