Penulisan Dengan Gaya Tidak Formal Dalam Blog

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Zaman sekarang, memang mostly kita bergantung dengan teknologi. Contoh paling ketara, mestilah smartphone kan. Sebelum itu, saya mahu tanya. Adakah antara kamu yang kalau jalan pergi mana-mana, tidak bawa telefon? Kalau ada, memang rare lah kamu!

Bukan itu juga sebenarnya saya mahu discuss dalam ini post. First and foremost is blog. Macam yang kamu nampak sekarang, inilah blog! Blog sudah jadi salah satu medium untuk share pengetahuan dan informasi terkini. Masa awal tahun 2019 atau mungkin lagi awal dari itu, saya sudah biasa baca content dalam blog. Yang paling buat saya mahu melekat dengan certain blog ialah bila saya suka topik yang blogger share and also depends on gaya penulisan yang diguna pakai. Fokus saya hari ini sebenarnya gaya penulisan dalam blog saja, tapi tidak tahulah kenapa pendahuluan dia boleh panjang begini. So without further ado, kita start sajalah ya.

PENULISAN TIDAK FORMAL

Kalau pendapat saya sendiri, memang enjoy betul tulis blog pakai bahasa tidak formal. Slang pun Sabahan betul kan. Risau jugalah sebenarnya kalau ada yang tidak faham, tapi saya rasa better saya guna gaya penulisan sendiri daripada menampakkan tulisan saya yang ketara betul terpaksa. Ya, pernah saya try tulis dalam bahasa yang mungkin tidak ketara sangat yang saya dari Sabah. Tapi, at the end saya tidak rasa enjoy. Tiada feel! Terus malas betul saya update blog. Post yang ini pun sebenarnya mula-mula memang pakai bahasa yang baku sikit, sikit sajalah tapi saya ubah. So, here a few reasons why this is important! Kenapa gaya penulisan yang tidak formal berperanan penting juga kepada blog.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Saya paling sukalah tu baca blog yang santai saja. Tapi, bergantunglah juga dengan tujuan dia. Kalau sekadar cari info yang biasa-biasa, contohnya macam cara goreng telur begitu, memang saya tidak pilih kasih sangat tekan mana-mana artikel. Formal atau tidak, belakang cerita. Yang penting, banyak info sama boleh difahami. Tapi kalau cari maklumat untuk buat assignment atau kena rujuk trusted website, memang perlu dan wajar untuk cari website yang official punya kan. Jangan pula ada antara kamu yang kasi masuk source blog saya untuk rujukan ya. Awas, kena marah kamu.

So, sebab itulah saya pun settle down untuk tulis santai-santai saja. Rasa dia macam bercerita sama kawan-kawan ba. Tidak payah formal betul. Sudahlah saya ni jenis yang tidak ramai kawan, bercakap pun sepatah dua kata saja. Kalau seminggu kena kasi tinggal sendiri di rumah, mungkin seminggu tu jugalah saya tidak bercakap. Ibarat begitulah saya. Most of the time, saya suka menulis. Jadi, saya harap kamu fahamlah kenapa saya punya blog begini.

Satu lagi, saya memang akan baca balik semua post yang saya sudah buat. Masa saya belum tukar cara penulisan saya dulu, every time saya baca kan, macam ada saja yang tidak kena. Last-last, banyak lagi saya update post daripada buat post baru. Jadi, daripada saya balik-balik update, bagus saya tulis saja begini kan. Enjoy juga saya bila baca balik ini post nanti. 

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Saya tidak pasti jugalah kalau blog yang guna penulisan tidak formal ni boleh tarik perhatian kamu atau sebaliknya pula. Tapi kalau kamu tidak tertarik pun, saya harap kamu dapatlah sedikit info yang kamu cari. Kalau pendapat saya, memang gaya penulisan tidak formal ni bikin hati saya jadi tertarik mahu baca. Lagi-lagi kalau start sudah cerita based on own experience. Post dia lebih senang difahami dan dapat relate dengan kehidupan sendiri. Lagi, dia boleh buatkan saya stay lama dalam blog yang sama semata-mata untuk baca semua content yang ada. Yang paling penting, bila ada orang baca blog kita buat pertama kali, dan masa itu juga terjatuh hati dengan cara dan gaya penulisan kita, kamu rasa apa jadi lepas tu? Mestilah dia lawat blog kita balik. Itulah engagement yang kita mahu! 

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Kalau mengharap untuk dapat views based on organic search saja, memang susah sudah sekarang ni. Lagi-lagi banyak sudah cara lain yang buatkan blog ni tidak sudah jadi pilihan sangat. Jadi, jumlah share saja yang boleh buatkan blog kita dapat capai views yang lebih banyak. Bila kita tulis dalam bahasa tidak formal, berkemungkinan juga kita akan dapat klik share. Bergantung kepada pembaca tu sendiri. Kita bagi contoh lah kan, sebelum ni kita mungkin dapat capai paling maksimum pun, 10 views saja dalam sehari. Bila kita rajin update blog terus pembaca pun suka sama gaya penulisan kita, tiba-tiba naik sudah pigi 50 views sehari. Kira ok lah tu kan. Daripada tiada bagus ada. Jadi, rajin-rajinlah kamu share blog kamu dekat media sosial. Walaupun yang bagi nasihat ni pun sama saja! Also, let me hear some opinions from you guys. Kalau pandangan kamu pula, macam mana? Boleh share pendapat kamu dalam ruangan komen. Salam, jumpa lagi di lain entri.

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.