Pentingnya Blogger Menunjukkan Sitemap

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Suka betul saya baca content lama yang blogger post. Kalau boleh, dari post pertama dorang lagi saya baca. Bukan apa, motivasi ba tu sebenarnya. Hehe. Asal baca blog lain, bersemangat terus saya mahu update blog sendiri walaupun rajin tu datang sekejap saja. Tapi kalau blog tu tiada sitemap kan, rasa macam tidak lengkap ba ni dunia. Sedar tidak sedar, baru saya tahu kenapa pentingnya kena ada sitemap juga dalam blog.

KEPENTINGAN SITEMAP

Kali ni, saya mahu share sama kamu apa saja kepentingan yang kita dapat sebagai blogger kalau kita letak sitemap dalam blog.

Masa mula-mula buat blog, saya sendiri pun tidak rasa sitemap ni penting sangat. Tapi sekarang, asal saya lawat blog lain kan mesti sitemap dulu saya cari. Kalaupun bukan sitemap, archive. Kalau tiada tu, hilang terus semangat saya mahu blogwalking kecualilah saya betul-betul berkenan sama tu blog. See? Mostly blogger favourite saya semua ada sitemap ataupun archive. Tapi hairan, macam saya punya blog pula yang tiada. Ada sebenarnya, tapi susah mahu cari kalau kamu memang tidak cari. Apa ba saya cakap ni? Haha. Nantilah saya update navigation supaya senang itu sitemap mahu dicari.

Kepada yang tahu tapi pura-pura saja tidak tahu, sitemap ni ada dua jenis. Pertama, sitemap yang kita hantar pigi Google Console. Ada kan? Satu lagi, sitemap yang saya mahu cerita sekarang ni. Sitemap yang saya maksudkan ialah sitemap yang sengaja kita kasi tunjuk sama pembaca. Biasanya, blogger letak link sitemap di navigation menu ataupun di bahagian footer blog dorang. So without further ado, let's jump right into the three reasons why you as a blogger should have this kind of sitemap on your blog. 

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Search engine macam Google memang akan perlukan kita punya senarai page dan juga post dalam blog. Tujuan dia supaya kita punya content kena bagi chance untuk terpapar dalam search result. Siapa yang tidak mahu content blog dia ada di search result kan. Search result lah sebenarnya yang banyak bantu kita untuk tingkatkan klik yang kita dapat secara organic search dan seterusnya meningkatkan trafik blog kita. Itulah pentingnya kenapa kita perlu sitemap. Dialah yang akan kasi mudah kerja search engine untuk indeks content blog kita. Lagi banyak content yang dapat diindeks, lagi tinggi peluang blog content kita muncul dalam search result. Ya, begitulah kira-kira.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Kalau kita ada sitemap, kita sebenarnya sudah bagi arahan yang jelas sama tu search engine pasal struktur dan hierarki blog kita. Biarlah kita kasi senang urusan dia supaya dia lagi faham apa sebenarnya content yang kita share. Macam contoh, kalau lain kali ada orang taip keyword pasal kepentingan sitemap di Google, rezeki sayalah kalau post ni muncul dalam search result. Kalau boleh, target page pertama. Lagi bagus kalau dapat ranking pertama. Kenapa kedudukan content dalam search result pun mahu kena nombor satu? Of course kita mahu ranking pertama! Sebab dia, carian paling ataslah selalunya akan dapat lagi banyak klik. Macam saya sendiri, yang mana paling atas itulah yang saya tekan. Kalau tidak puas hati dengan content dia, barulah saya tekan yang kedua dan seterusnya sampai saya jumpa content yang saya mahu. Memang tidak senang sebenarnya mahu kasi jadi content kita dapat kedudukan teratas dalam search result. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Salah satunya tidak lain dan tidak bukan adalah sitemap kita sendiri.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Sitemap juga kalau kamu mahu tahu sebenarnya dapat memudahkan pengunjung blog kita untuk cari content yang dorang mahu. Dia boleh jadi guide supaya dorang tidak tersesat dalam blog kita. Lagi-lagi kalau blog yang tiada spesifik niche macam saya punya blog. Sitemap akan senaraikan semua content yang sudah kita tulis dalam satu page, tinggal tekan saja mana satu yang mahu dibaca. Easy! Tapi itulah, saya macam belum puas lagi dengan navigation menu yang saya ada. Kalau boleh, saya mahu tambah lagi nanti. Selain ada sitemap sama archive dalam blog, saya kepikiran juga mahu buat major navigation guna Beacons. Kira macam jadi guide supaya orang senang mahu faham apa saja content yang saya share dalam ni blog. Nantikan dengan penuh sabar update ini! Haha. Faham-fahamlah kalau saya suruh kamu bersabar, nanti-nanti saya ni memang kena tunggu bertahun-tahun dulu baru siap. Itulah antara sebabnya kenapa kita sebagai blogger perlu ada sitemap dalam blog. Sekian daripada saya untuk kali ini. Jumpa lagi!

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.