Most Favourite Genshin Impact Community Topic

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Saya sebenarnya mahu share pasal topik Genshin Impact hari ni. Memandangkan saya tidak pro sangat bahasa orang putih, jadi saya mahu share di sini saja. Saya belum kumpul keberanian lagi mahu join komen di official community dia. Bolehlah juga saya tulis panjang sikit kalau di sini. Topik dia pasal Pigeon's Share.

PIGEON'S SHARE

Pigeon's Share ni satu topik yang Favonius Messenger buat untuk komuniti Genshin Impact. Jadi setiap minggu, Favonius Messenger ni akan bagi certain topik untuk komuniti cerita pengalaman dorang sepanjang main Genshin Impact. Setakat ni mahu dekat seratus topik sudah yang kena share.

Saya mahu try jugalah cerita pengalaman saya sendiri kan based on apa topik Pigeon's Share yang ada. Bukan di komuniti, tapi di sini. Kononnya sebab saya mahu try tulis dari topik pertama. Mungkin tidak juga ikut urutan lah bila topik tu kena share di komuniti. Saya buat ni untuk saja-saja. Kesian betul bah blog saya, bersawang sudah. Nanti di bahagian paling bawah, saya share juga link untuk kamu tengok sendiri Pigeon's Share dari komuniti tu macam mana. 

Di bawah ni pula, nanti saya share spesifik link supaya kamu boleh direct baca post yang saya sudah buat pasal ini topik. Link tu nanti saya kasi nama ikut urutan issuance number dari Pigeon's Share sendiri. Datanglah lagi nanti, mana tahu saya ada share post baru.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post
. . . ⇢ ˗ˏˋ New Link ࿐ྂ
. . . ⇢ ˗ˏˋ New Link ࿐ྂ

Seperti yang saya janjikan, saya share juga link untuk kamu yang berminat mahu komen dan baca apa traveler lain discuss dalam komen untuk setiap topik. Enjoy betul saya baca komen dorang, ada yang lucu sama ada juga yang sedih.

Mungkin ada yang berfikir, game saja pun! Bagi saya, there's more beyond just enjoying the game itself. Game dari MiHoYo memang mostly bukan sekadar tempat saya main game saja, tapi saya suka cara dorang yang passionate betul untuk buatkan game tu lagi menarik especially bila saya tengok video di official YouTube Channel dorang. Banyak sebenarnya yang saya belajar. Dari belajar culture, science, survey yang dorang buat, event dan general information macam Split Personality or known as Dissociative Identity Disorder (DID). See? It's not merely about the game itself, but how the developer make it more enjoyable and contained at the same time. Sorry, merapu sudah. But here's the link.

OFFICIAL PIGEON HERE

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.