Starting My Unexpected Blog Wednesday Prompts

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Saya excited sudah ni mahu share sama kamu pasal saya punya idea baru untuk kasi meriah blog sendiri. Saya dapat idea ini pun sebab saya kesian sama blog saya yang jarang kena update. Bukan saja kasi sunyi blog, tapi rugi juga duit bayar domain tiap tahun kalau tidak kena update. So here we go! Another way for me to add more content on my blog. Abaikan english saya yang tidak seberapa. 

WEDNESDAY PROMPTS

Saya harap betul Wednesday Prompts ni akan jadi salah satu reasons saya untuk terus excited tulis content baru dalam blog. Idea dia begini. Setiap tahun kalau non-leap year, kita menjalani hari rabu sebanyak lima puluh dua kali dan lima puluh tiga kali kalau leap year. Leap year ni maksudnya yang bulan Februari tu dia ada 29 hari. 

So my point is like this! List untuk prompts semuanya saya dapat daripada Pinterest. Saya sudah list down seratus prompts untuk tujuan ini, tinggal tulis dan share content saja lagi. Selalunya, saya nampak orang buat itu 30 Days Blog Challenge tapi saya jenis yang cepat bosan kalau ikut list nombor. Maksud saya kan, kalau yang tu dia ikut hari. Hari pertama ini topik yang mahu ditulis, hari kedua topik ini dan begitulah seterusnya. Masalahnya, saya pula yang tidak kesabaran mahu tulis topik yang saya excited betul mahu tulis. Contohlah, topik yang saya mahu tulis tu jatuh pada hari kesepuluh tapi hari ni baru hari kedua. Terus hilang mood saya mahu menulis dan akhirnya challenge failed! Tidak sampai pun separuh jalan, saya kasi tinggal sudah tu challenge.

Image That Contains Main Point Of This Blog Post

Untuk selesaikan masalah tu, saya kasi masuk prompts yang saya betul-betul suka saja. Haha. Sama saya tidak mahu ikut urutan nombor masa saya buat content nanti. Jadi, apa yang saya buat ialah saya cari wheel di google yang ada nombor satu sampai seratus. Nanti masa mahu buat content tu, saya wheel dulu nombor. Terus nombor yang saya dapat tu akan jadi topik yang saya perlu tulis. Kira unexpectedlah nanti topik apa yang mahu ditulis. Cari wheel tu kamu tidak payah risau, saya bagi juga. 

Setiap hari rabu nanti tapi tidak jugalah, saya akan buat post baru based on prompts yang saya sudah kasi sedia. Kalau kamu tertarik mahu join, boleh download prompts list saya nanti dekat bahagian bawah. Marilah kita sama-sama buat. Tidak kiralah kamu blogger ka atau saja-saja mau tulis di journal kamu, join saja. Bolehlah mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Haha. Kalau yang ada blog and mahu join, saya happy sudah kalau kamu mention saya dan backlink saya punya blog. Sudah cukup membantu untuk kasi kenal blog saya yang tidak seberapa ramai pengunjung ni. Sekian saja daripada saya, arigatou! Nantikan Wednesday Prompts saya tiap hari rabu kalau ada.

DOWNLOAD HERE


SPINNING WHEEL

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.