Perancangan Untuk Mula Menulis Diari Seperti Dulu

Malaysia
Cover Image That Contains Title Of This Blog Post

Masih ingat lagi zaman sekolah dulu memang most of my feelings saya tulis dalam buku. Tidak kiralah buku apa, but mostly buku latihan kosong biasa atau page akhir certain buku latihan untuk subjek tertentu. Bila fikir balik, I do miss the old days. Bukan semua, tapi saya rindu zaman saya masih tulis diari. Haha. Weird! Kenyataannya, masa zaman asrama dulu banyak ajar saya jadi siapa saya yang sekarang. Masa tu juga saya tidak bergantung sangat dengan telefon. Sekarang, setiap masa mahu bergayut sama telefon saja. Salah satu kebaikan jadi budak asrama jugalah kan. Whenever I felt lost, sad, happy or even falling in love, buku latihan jugalah yang jadi peneman setia saya. Now, I think I want to bring back those habit.

DEAR DIARY

Asal mula tulis diari, mesti mula dengan dear diary. Rindunya! Tidak tahu kenapa saya stop tulis diari lepas habis zaman sekolah dulu. Tapi mungkin sebab dulu saya obses betul tengok video pasal bullet journaling. Nampak orang pakai buku yang bullet petak-petak segala tu buat saya mahu ikut juga begitu konon. Sekali, tidak sesuai harapan ba. Situlah juga datang saya punya trait perfectionist. Apa yang saya tulis, macam semua nampak bida di mata saya. Tulisan tidak lurus sikit, terus kasi koyak. Melampau kan. Haha. Bila cubaan untuk start buat bullet journal gagal, terus menulis diari pun terkubur. Bagusnya jadi orang biasa saja. Maksud saya, orang yang tidak terlalu fikir pasal mahu everything perfect saja.

Jadi saya mahu try untuk back to the old good days dengan mula tulis diari balik. Also, saya tidak mahu jadi perfectionist sangat. Langkah pertama, saya mahu cari balik buku-buku diari lama yang tidak tahu sudah di mana keberadaan dia. Kalau jumpa, saya mahu baca balik walaupun saya yakin semua ayat cringe saja dalam tu. Haha. Second step, grab a pen and a blank notebook. Saya yakin banyak buku kosong saya yang belum guna gara-gara tidak mahu kasi spoil buku. Buku memang untuk dipakai, Sieta! Geram betul saya kadang-kadang sama diri sendiri ni. Jadi jangan kamu hairan kalau saya tiba-tiba pandai mention nama sendiri di post. 

Saya harap betul saya dapat kembalikan passion saya untuk tulis diari balik. Bukan apa, makin dewasa ni banyak cabaran betul yang perlu kita hadap kan. Jadi untuk memastikan saya dapat kawal emosi dan juga jaga mental health sendiri, ada baiknya untuk tulis perasaan yang terpendam tu dalam buku. Lepaskan semua bebanan dalam otak, jangan simpan! Mostly ada orang yang lagi selesa share dorang punya  problem or excitement dengan best friend, partner or their parents. Tapi ada juga spesies macam saya yang lebih suka pendam dan untuk melepaskan semua tu, diari jugalah jawapannya. Orang bilang, jangan pendam nanti sakit! So here I am bragging about diary. Do not worry, I almost done anyway! Saja mahu share sebab nampak akaun ig pasal journal yang tidak payah pun bikin layout atau buat doodle segala. Minimalist and simple. That is the whole point here!

Wish me luck guys. Mana tahu ada juga yang terfikir balik kan mana sudah kamu simpan diari kamu dulu-dulu. Saya harap tiada yang sudah buang. Haha. Terserah sama diri sendiri juga ba tu, ada juga yang tidak mahu gali masa lalu sendiri sebab yang lalu biar berlalu. Itupun saya setuju juga sebenarnya, tapi tidak salah kasi jadi diari lama kamu sebagai pengajaran hidup atau sekadar imbauan. Yang penting jangan live in the past, sekian daripada saya seorang pejuang yang mahu start balik tulis diari. Ponsikou!

Instagram

SietaClaie. Theme by STS.